Wednesday, January 13, 2010

TERBANG PULANG


(sempena kepulangan menjengah khabar)

walau ada jasad dipandang
namun hati sudah melayang
menjengah sunyi dua tersayang
yang sentiasa terbayang-bayang
ternanti-nanti diri ini pulang

kini aku terbang pulang
membawa ikhtiar sebagai penghilang
derita jasad uzur menjelang
agar semangat masih menjulang

tiada khabar gembira
tiada juga berita sengsara
diri pulang membawa sejahtera
jasad, rohani segala semua
sekadar mengubat rindu yang membara

walau masa mencemburui
batas jarak juga menjauhi
hanya nada menjadi pengganti
namun berdua tetap di hati
kekal dan abadi...

ibnughazali
14012010 : 124135

Share