Kata-kata penghujung mengakhir bicara. Harap wacana diutara walau tidak berguna hendaklah dibiarkan begitu sahaja. Sesungguhnya ia hanyalah cuma rasa hati insan yang serba kekurangan, penuh runtunan amarah dan banyak perkara salah. Sifat dan sikap yang sarat dengan kedaifan ilmu dan kekurangan pekerti yang amat mulia. Diri yang amat perlukan teguran dan bimbingan serta tunjuk ajar daripada luar sana; agar diri lebih mengerti dan memahami naluri alam ciptaan Ilahi.
Lontaran frasa yang ada kalanya mengguris jiwa disudahi dengan kalam kemaafan pada sembah epilog ini. andai ada hati tersentuh, andai ada jiwa terguris dan andai ada akal tercabar semua itu adalah kelemahan insan sendiri. Segalanya datang daripada ilham titipan Ilahi sekadar untuk perkongsian bersama.
Sekian, salam tinta kreatifku yang berbicara.. Semoga sejahtera sentiasa..
Share