Sunday, April 25, 2010

ANTARA HASRAT DAN KUDRAT

(kembali pada perjuangan asal; melupakan sementara yang utama untuk yang lebih utama)


Kerana 1Hasrat
Terlupa akan 10 Ribu Kudrat
Hasrat hanya mendamai Jiwa
Sedang ia kosong bergendang
Perlu diisi tawaduk hamba
Tersebar akhlak budi berdendang

Kudrat inilah yang akan menjulang Maruah
Tercalar pedih angkara mereka yang Amarah
Menabur fitnah umpama rintik-rintik basah
Menghujani Yang Mulia tanpa rasa bersalah
Apa yang pentingnya bagi mereka
Isi tembolok sendiri itu yang utama...!

Kerana 2 3 Kerat
Putus Semangat 10 Ribu Kudrat
Bermain Hati Merajuk Diri
Berjoget ia menari Gembira
Berjaya memutus ikatan Saudara

Genggam tanganku wahai Kudrat
Eratkan pegang wahai Sahabat
Korbankan sedikit titis keringat
Bersama kita memalu nobat
Menang kita menang TERHORMAT..!

Yang Mulia kami berjanji
Menyebar faham mulia ini
Yang Mulia kami memberi
Hati ini untuk disirami

"Pada Ibu kami berbakti
Pada Ayah kami berbudi
Pada Guru kami memberi
Sepenuh jiwa untuk memahami
Apa sebenarnya yang dinamakan erti"

ibnughazali
26042010 : 144400

Share

Tuesday, April 13, 2010

DI SINI BUKAN SYURGA ITU...


Senang-lenang bergoyang-goyang
Bersandar lenggang hati girang
Tiada nestapa jiwa yang walang
Tiada duka tangisan berselang

Getar-getar nada gembira
Desir-desir tanda bahagia
Membuang resah menyingkir lara
Menyisih lembah diri terhina

Namun jangan lupa
Apa dikecap hanya sementara
Kelak semuanya ditarik semula
Itu hak-Nya bukan kau punya

Tiada salahnya mengimpikan bahagia
Namun jangan berkiblatkan manusia
Semuanya kau perlu usaha
Disulam dengan rintih-rintih doa
Serta tawakal pelengkap segala

Apa guna merayu dunia
Sedang tahu ganjaran di sana
Apa guna menghambatnya juga
Ketika syurga menjemput bahagia
Yang kekal abadi itu jaminan-Nya

Ingat pesanan sahabat setia
Di sini bukan syurga di sana...

ibnughazali
26042010 : 121200
Share