mencari makna dan hubungan; erti dan perasaan
Adakah...
Tidak setaraf munajat hambaSekadar mimpi igau biasa
Tiada pasak yakin pada-Nya
Tiada letak tawakal semata
Apa maksud ertikanlah
Baik buruk fahamkanlah
Sekadar mencari secalit hidayah
Bekal bersama di jalan payah
Antara perasan dan perasaan
Berkilas bertingkah saling berlawanan
Apa sebenar masih persoalan
Dalam mencorak warna kehidupan
Aku bersandarkan naluri insan
Titisan rahmat kasih sayang Tuhan
Inilah dia.. Inilah keputusan
Tiada berpaling tanpa alasan
Kini tawakal pelengkap segala
Setelah usaha terpaut doa
Menanti harapan juga kesempatan
Atau sekadar perasaan insan
ibnughazali
100510 : 140300