(Suara Tangisan Mereka Didengari Namun Hanya Segelintir Faham Bahasa)
Mereka merintih sayu
Suara tangis mendayu-dayu
Semakin lama semakin layu
Bercampur baur resah bersendu
Ibarat debu dihembus bayu
Berbaris mereka menanti
Mencari malah tercari-cari
Mana dia insan wali?
Mana dia Ummi hakiki?
Sampai hati mereka
Meninggalkan kami begini sahaja
Ada yang tanpa nyawa
Ada yang berselimut duka
Tanpa mengerti cabaran muka
Apakah perlu kami
Menuntut kembali janji-janji
Yang sepatutnya dipenuhi
Oleh insan bergelar wali
Oleh mereka yang ingin dipanggil Abah dan Ummi
Sedangkan mereka lepas diri
Dalam kekalutan nafsu nafsi
Mereka terjerumus dengan disedari
Terjebak dalam jerat duniawi
Tertanya-tanya
Mana hilang tanggungjawab mereka?
Hilang entah ke benua mana?
Kami perlu belaian manja
Seperti manja mesra mereka
Sebelum jasad terbentuk sasa
Di dalam rahimmu Ibunda
Adakah kami terbentuk sempurna?
Dengan restu Ayah dan Bonda?
Atau terbentuk salahnya cara?
Atas dasar nafsu semata
Bagaimana nasibku di hari muka
Tiada yang layak kuletak tanda
Kasih, sayang serta mesra
Sedarilah...
Kini aku kesunyian
Walaupun seketika tanpa teman
ibnughazali
25032010 : 142304