9 Nyawa,
Bukan mitos makhluk yang manja
Namun hilangnya beberapa jiwa
Tragedi berdarah di hati semua
Sekelumit cuma
Dari ribuan terkorban di sana
Namun mampu membuka mata
Kerana kita 'terkena' sama
Mereka yang pergi tidak didendang
Menyabung nyawa di hujung senapang
Namun
Pulang mereka dipalu gendang
Diangkat martabat mereka pejuang
Walhal semua tahu mereka berjuang!
Hilang sementara
Suara bantah-berbantah
Atas zalim tidak pernah ditingkah
Berganti pula
Suara sorak bergema riuh rendah
Dari rumpun bumi Savannah
Bijak laksana mereka semua
Merencana kita sedemikian rupa
Media massa dikawal selia
Waktu beraksi terjangka sedia
Hingga tiada suara kita
Yang terdengar hanyalah cuma
Hiruk pikuk pelbagai bahasa
Bafana..! Bafana..!! Bafana...!!!
Harap hanya semoga
Selepas dedar sorakan akhir bergema
Pulanglah kembali ke dunia nyata
Ada nasib yang perlu dibela
Ada anak yang kehilangan bapa
Isteri hilang pasangan tercinta
Buat sembilan nyawa yang berlalu
Pergilah dahulu
Moga nanti kami bertamu
Bertemu kita di halaman rindu
Pada daerah yang begitu syahdu
ibnughazali
22062010 : 182020
0 comments:
Post a Comment