Sunday, November 22, 2009

PEMERINTAH DIRI & PENASIHAT TIDAK RASMI

(Matangkan Hati Membuat Telahan Peribadi)

Wahai Pemerintah Diri
Berbesar hatilah atas perintah berita
Yang dititah atas masa hadapannya
Tertimbang dalam pelbagai neraca
Jauh dekat menjangkau masa

Duhai Penasihat Tidak Rasmi
Yang terlantik atas dasar percaya diri
Terdetik atas hati dan nurani
Seribu bicara dan teka-teki
Merungkai seribu persoalan yang kurang pasti

Untuk Pemerintah Diri
Ingatlah kata-kata ini
Hanya tiga tiada cemburu dan iri
Dua darimu sumbernya dan satu sumber ilmumu
Yang harus dirujuk tanpa rasa jemu
Ketika hati bersimpang rasa bertamu

Kepada Penasihat Tidak Rasmi
Usah fikir kesempatan diri
Boleh ditampung dengan kesempatan ini
Menyerah akibat kepada yang mempercayai
Membuatnya terus merana hati
Atas salah pilih haluan hati

Pemerintah Diri Yang Berkuasa
Yakinlah dengan apa yang dirasa
Sesungguhnya itu adalah punca bahagia
Rujuklah pada yang sebenarnya
Kesempatan langsung tiada padanya
Bertindak dan memberi untukmu sahaja

ibnughazali
20112009 : 202020


Share

Thursday, November 19, 2009

AKU MUFARAKAH....


(Setelah Segalanya Terjawab, Persoalan Terungkai dan Terungkap)

Menarik lafaz lega
Segala musykil jiwa
Segala kalut gelora
Dalam diri terbawa-bawa
Mimpi ataupun alam nyata
Mahu segalanya segera dan mudah cara

Jika mahu penghilang dahaga
Galilah sehingga sedalam-dalamnya
Usah bertampuk-tampuk gaya
Belum pasti tiada
Di sini kau sudah gali di sana
Yang kau dapat hanya titis dari dahi sahaja
Dan lencun dari tubuh cuma

Terima kasih ada rungkaian
Penuh jawapan pada terkaan
Padanya mampuku berpautan
Daripada terus berhanyutan
Pada setiap sengketa dan permainan

Kini jalan yang luas terbentang
Menunggu langkah yang tiada bilang
Tiada pasti siapa penentang
Dalam wasilah seorang pejuang

Kini mufarakah tekadku
Tiada lagi kembali padamu
Atau berpaling sedikit jemu
Biar berabad mencari ilmu
Asal tidak salah memilih "GURU"...

ibnughazali
20112009 : 101330
Share

Wednesday, November 11, 2009

TERKENANG...

(Rasa Rindu Yang Menghimpit, Sesak Nafas Mengenangkan)

Acapkali terdengar suara
Terngiang-ngiang dan secara nyata
Namun tidak bertemu mata
Kerna terpisah jauh ribuan kota

Mampu kurisik khabar berita
Tanpa mengetahui apa sebenarnya
Di sebalik seri kata-kata
Tersembunyi dusta seribu perkara
Yang terpaksa bukan disengaja

Ibu
Rinduku sungguh air tanganmu
Menyapu lembut dahulu tubuh kecilku
Merangkul erat tanpa rasa jemu
Mendidik mengasuh tanpa letih bertamu

Abah
Anakmu ini sudah ada ikhtiarnya
Membawa keceriaan yang dahulunya hilang seketika
Nantikan kepulangan membawa berita
Serta ubat yang membuang segala derita

Doakan usaha untuk pulang
Menjamah karipap panas dan pengat pisang
Asam pedas yang membuat selera mendatang
Yang rasanya sentiasa tidak pernah hilang
Walau di seberang masih terkenang-kenang...

ibnughazali
12112009 : 1340



Share

Sunday, November 1, 2009

LANTAK AKU LA..?

(Luah Rasa Terkilan Atas Sikap Yang Sama Sekali Berlainan)

Walau terdesak
Tetap ku anggap sahabat
Yang akan ku hulurkan bantuan dan sokongan
Apa juga segi; moral mahupun kekuatan
Sanggup ku pecahkan tabungan
Atau biar tekak kering kehausan
Dan perut menjerit kelaparan
Kerana aku tahu nilainya persahabatan
Dan peritnya hati mencari sepaut dahan

Namun apakah kau lupa
Atas dasar beberapa pitis cuma
Emosi memuncak gagal menerima
Hak yang perlu kau pulangkan
Kerana orang lain juga amat memerlukan
Apa yang kau perlukan sebelum ini

Sebelum peroleh manis lidahmu
Umpama berakar tebu di pangkal halkum
Menutur kata-kata manis serta harum
Itu ini; begitu begini

Hak yang telah kuberi aku tuntut kembali
Fahamilah sebelum aku patah hati
Mengungkap kata-kata yang tidak manis
Bagi masa hadapan yang belum lagi menjanjikan
Seribu kenangan yang boleh dilupakan

Harap stabilkan diri dan emosi
Jangan keluar bahasa yang sudah basi
Yang tak ingin langsung aku dengari
Harap faham dan cubalah teliti...

ibnughazali
02112009 : 1511


Share