Walau terdesak
Tetap ku anggap sahabat
Yang akan ku hulurkan bantuan dan sokongan
Apa juga segi; moral mahupun kekuatan
Sanggup ku pecahkan tabungan
Atau biar tekak kering kehausan
Dan perut menjerit kelaparan
Kerana aku tahu nilainya persahabatan
Dan peritnya hati mencari sepaut dahan
Namun apakah kau lupa
Atas dasar beberapa pitis cuma
Emosi memuncak gagal menerima
Hak yang perlu kau pulangkan
Kerana orang lain juga amat memerlukan
Apa yang kau perlukan sebelum ini
Sebelum peroleh manis lidahmu
Umpama berakar tebu di pangkal halkum
Menutur kata-kata manis serta harum
Itu ini; begitu begini
Hak yang telah kuberi aku tuntut kembali
Fahamilah sebelum aku patah hati
Mengungkap kata-kata yang tidak manis
Bagi masa hadapan yang belum lagi menjanjikan
Seribu kenangan yang boleh dilupakan
Harap stabilkan diri dan emosi
Jangan keluar bahasa yang sudah basi
Yang tak ingin langsung aku dengari
Harap faham dan cubalah teliti...
ibnughazali
02112009 : 1511
0 comments:
Post a Comment