Sunday, November 22, 2009

PEMERINTAH DIRI & PENASIHAT TIDAK RASMI

(Matangkan Hati Membuat Telahan Peribadi)

Wahai Pemerintah Diri
Berbesar hatilah atas perintah berita
Yang dititah atas masa hadapannya
Tertimbang dalam pelbagai neraca
Jauh dekat menjangkau masa

Duhai Penasihat Tidak Rasmi
Yang terlantik atas dasar percaya diri
Terdetik atas hati dan nurani
Seribu bicara dan teka-teki
Merungkai seribu persoalan yang kurang pasti

Untuk Pemerintah Diri
Ingatlah kata-kata ini
Hanya tiga tiada cemburu dan iri
Dua darimu sumbernya dan satu sumber ilmumu
Yang harus dirujuk tanpa rasa jemu
Ketika hati bersimpang rasa bertamu

Kepada Penasihat Tidak Rasmi
Usah fikir kesempatan diri
Boleh ditampung dengan kesempatan ini
Menyerah akibat kepada yang mempercayai
Membuatnya terus merana hati
Atas salah pilih haluan hati

Pemerintah Diri Yang Berkuasa
Yakinlah dengan apa yang dirasa
Sesungguhnya itu adalah punca bahagia
Rujuklah pada yang sebenarnya
Kesempatan langsung tiada padanya
Bertindak dan memberi untukmu sahaja

ibnughazali
20112009 : 202020


Share

0 comments: