Sunday, June 28, 2009

BUKAN KETIGA KALINYA

(Cetusan Ilham di Persimpangan Bakun Dam, Jalan Miri-Bintulu)

Jujurnya kau pendam jiwa
Tulusnya kau pendam rasa
Kau bawa diri ke hujung benua
Sendiri menyendiri kau cari apa

Kau bawa rajuk diri ke sini, situ dan sana
Untuk apa sebenarnya
Apakah bagi menenangkan jiwa
Yang lara tambah berduka
Yang sedih menanggung sengsara

Hembuslah nafas lelahmu
Hamburkan segala resah gelisah itu
Tinggalkan semuanya terbuku
Injakkan segala kekusutan kalbu

Bukan lagi ketiga kalinya
Untuk jatuh di lurah yang sama
Untuk terperit bisa terluka
Yang tertusuk duri melata

Hati-hatilah dalam membuat telahan
Jiwa yang masih tertahan-tahan
Dekatkanlah diri kepada Tuhan
Itu punca ilham dan kemurahan

ANaZRaZ
16062009 : 0830 Share

Thursday, June 11, 2009

KECEK KLATE WEH..

Terima kasih Rosmadi atas kiriman e-mel ini...maghi samo-samo blaja kecek Klate

Bagi orang luar mungkin Lucu & agak pelik.
Bagi Orang Kelate Bahasa nya unik. Setuju tak?
amik mano tuh?
UTK REFRESH BALIK... takut2 ado hok tok ingat doh......
maklumlah duk lluar lamo..... kalu balik kappong tok la malu

Vocabulary :

Bok bong - spesis musang
Ttu yup - pepatung
Pok Kor - sumpah-sumpah
Ike Kkhonge - ikan cencaru
Ike ayoo - ikan tongkol
Gelenyar,Gletah -mengenyam, getik, miang, gatal
sak soba = Absorber
Supik Gelenyar/supik rhokrhak - plastik bag (yang nipis tu.)
Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab "tuffah" = epal)
mokte = rambutan
kuk/kok lekog = sekeh
njja = tendang
x cakno = x ambil berat
nya nyo = kesian
bbaloh, go choh = kelahi, begaduh
Ggaduh lo rhak = nak cepat (double `G' means sabdu)
debe = berani gilerr
Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)
To hok = buang
rhu kah = panjat
Gho hok = susah, payah
hungga = lari (bkn hungga bungga ekk)
cuwoh = curah
ghe tek/etek = juga
tepoh = langgar
tubik = keluar
SIAK DUK GGOBAR = Jangan risau.. Don't worry, be happy!!!
IDAK KO = cuma
WAK GHORHI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with.(biase nyer dlm urusan perniagaan)
DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun
Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)
Kelaghing = kesat/not smooth (kulit kelaghing = skin not smooth enough)
belengas = melekit
klikpah klikpah = terpinga pinga
lipotey = x tetap duduk
nneting = melantun
cagok = sejenis alat untuk mengambil rumput untuk lembu peliharaan
kucing kerong= nama untuk kucing jalanan
penj'er = bersamaan dengan bahasa kedah "ligan", jangan menapak atau pijak tempat yang sama.
To pok = bersamaan dengan tak empok, yakni 3 suku la tu
Nipah= Nak kena pukul kat telinga, kepala normally lah, "ini bukanya nifas"
Sprong= adalah teropong atau meneropong
jinjen= berjengkek2

Selamat Belajar....hehehe Share

Tuesday, June 9, 2009

TERIMA KASIH ABAH..


TERIMA KASIH ABAH..
(Nukilan Khusus Untuk Abah Tersayang Sempena Hari Bapa; 20 Jun 2009 dan Ulangtahun Abah Ke 64)

Masih berbirat urat rotanmu
Masih berbisa tamparan tanganmu
Yang pernah singgah di tubuh dan wajahku
Masih terngiang-ngiang keras tegas bentak suaramu
Yang mengguris hati dan tubuh kecilku

Ketika itu,
Aku menangis, meraung, merintih
Semahu-mahunya
Seolah salah itu milikmu
Tanpa sebab juga alasan
Terus diberi sebagai balasan...
Kenapa...?

Abah...
Insan keramat yang kukasihi
Tanganmu juga perit ketika menghukumku
Hatimu juga parah ketika membentakku
Jiwamu juga lara ketika melihat ku merintih hiba

Namun berbekal ketabahan bertahun pengalaman
Kau didik kami dengan ketegasan juga kekerasan
Agar kami tahan dan faham
Apabila kami meningkat dewasa dan tahu
Betapa kejinya sepak terajang dunia ini
Betapa hinanya maki hamun mereka ini
Betapa busuknya hati dan jiwa manusia ini...

Kukalungkan ucapan ini
Meskipun tidak setanding pengorbananmu
Walaupun tidak sebesar impianmu
Untuk melihat kami menempa nama
Sebagai orang yang punya jasa berganda
Pada agama, negara dan bangsa

TERIMA KASIH ABAH...

ANaZRaZ
10062009 : 1645
(Hari Ulangtahun Ibu Yang Ke-57)
Share

Monday, June 8, 2009

DIA SEBENARNYA


DIA SEBENARNYA
(Dedikasi Khusus Buat Penulis Blog Apa Sebenarnya)

Saat hari melabuhkan tirai
Pelangi membias penyeri senja
Namun itu seketika cuma
Untuk kami menikmati indah ciptaan-Nya

Hadir penyinar kesuraman jiwa
Bagi yang damba perubahan cara
INI ERA PERUBAHAN AGENDA!
Kritis, kreatif, inovasi dilumat bersama
Dengan tabah sabar diulam jua
Untuk santapan semangat meronta

Puan...

Senyummu penawar di kala lara
Dia..! Dia..! Dia...! yang berduka

Tutur bicara pembuka minda
Dia..! Dia..! Dia...! yang di takuk lama

Tegur nasihat lubuk hati seorang bonda
Dia..! Dia..! Dia...! yang telah lama mendamba

Tenang akalmu menyusun segala
Dia..! Dia..! Dia...! yang tak pernah tahu apa

Walau baru sahaja bertemu
Dan kukenali hati budimu
Azam dan semangat kentalmu
Tetap menjadi inspirasi dan idolaku

Salam perpisahan sementara dihulurkan
Usah dikira berat hatimu
Usah dihirau sendu tangis Dia... Dia... dan Dia..!
Benteng semuanya dengan ketabahan yang waja

Salam perjuangan kehidupan dititipkan
Suasana baru tidaklah asing
Harap bersua dan ketemu lagi
Jangan dilupa adik-adikmu di sini...

ANaZRaZ
090609 : 1030 Share

Sunday, June 7, 2009

AKU ANAK RANTAU, AKU ORANG DAGANG


AKU ANAK RANTAU, AKU ORANG DAGANG
(Tika Tiada Lena Menghiasi Malamku )

Terkedu seketika
Mengenang kata hikmah Ayah...

“Merantaulah anakku..
Cari pengalaman rentasi lautan
Terbanglah membelah awan
Pugarlah belantara jelajahlah daratan
Agar bertambah keazaman, kekuatan
Dan juga keimanan..."

Namun
Dalam kejauhan ini
Pilu sedih hati ini
Mengenangkan...
Aku ini anak rantau
Aku ini orang dagang
Yang tidak ada orang sudi memandang
Menghulur tangan memberi sayang
Walau mata saling bertentang
Dan hati berdegup kencang

Mungkin benar kata Ibu...

"Apa yang kau cari tiada di situ,
Pulanglah ke pangkuanku,
Andai hiba bersarang di hatimu,
Andai pilu menguasai dirimu,
Biar Ibu pujuk semangatmu anakku...”

Ya Allah..
Ku pohon kekuatan hati
Untuk aku teruskan hidup di sini
Menurut gerak yang sebati dalam diri
Yang yakin apa dicari dapat kutemui
Walau halangan hebat menanti

Juga dapatlah aku berbakti
Kepada agama dan ibu pertiwi
Agar mati yang sebenar-benar mati
Membela mereka; maruah dan harga diri...

ANaZRaZ
Kota (Ilmu) Samarahan
08062009 : 1200-0500

Share

Wednesday, June 3, 2009

MALAS SEMBAHYANG?


APASAL LA AKU MALAS SEMBAHYANG..

Kredit untuk moderator laman web http://www.shafril.com/ atas pantun yang saya petik ini.. Menarik!
Terima kasih daun keladi..
ada pantun kongsilah lagi..

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang…?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang...
Share

Tuesday, June 2, 2009

SILAP NOMBOR AKAUN RUPANYA...

Laa.. Nombor Akaun Yang Mana Ni?

Aku dan mereka berasa bangga
Telah mempunyai satu akaun pelaburan
Yang terbukti menjanjikan masa hadapan
Cerah juga bergemerlapan


Aku yakin kau juga ada akaun yang sama
Tapi pastikan pegawai yang kau jumpa itu
Punyai kredibiliti dan kewibawaan
Untuk kau beri kepercayaan
Bagi kau serahkan segala daya usaha
Hasil kesabaran dan ketekunan
Kerana simpanan dan pelaburan ini
Satu-satunya harta juga bekalan


Pastikan juga pelaburan kau itu
Punyai masa hadapan yang mapan
Yang kau dapat kutip hasilnya
Apabila kau betul-betul memerlukan


Jangan sesekali apabila kau
Mahu menuai hasil
Tak dapat juga kau ambil
Kerana akaun yang kau daftarkan
Tidak diiktiraf oleh Yang Kuasa

Sia-sia sahaja simpanan dan pelaburan
Yang kau sendiri agung-agungkan


Masih belum terlewat
Untuk berfikir kedua kali
Dan membuat keputusan sendiri
Kerana pelaburan AKHIRAT nanti
Tiada setanding dan punya ganti...


ANaZRaz
Permodalan Nasional Berhad
Satok, Kuching
03062009 : 1345 Share