Tuesday, June 2, 2009

SILAP NOMBOR AKAUN RUPANYA...

Laa.. Nombor Akaun Yang Mana Ni?

Aku dan mereka berasa bangga
Telah mempunyai satu akaun pelaburan
Yang terbukti menjanjikan masa hadapan
Cerah juga bergemerlapan


Aku yakin kau juga ada akaun yang sama
Tapi pastikan pegawai yang kau jumpa itu
Punyai kredibiliti dan kewibawaan
Untuk kau beri kepercayaan
Bagi kau serahkan segala daya usaha
Hasil kesabaran dan ketekunan
Kerana simpanan dan pelaburan ini
Satu-satunya harta juga bekalan


Pastikan juga pelaburan kau itu
Punyai masa hadapan yang mapan
Yang kau dapat kutip hasilnya
Apabila kau betul-betul memerlukan


Jangan sesekali apabila kau
Mahu menuai hasil
Tak dapat juga kau ambil
Kerana akaun yang kau daftarkan
Tidak diiktiraf oleh Yang Kuasa

Sia-sia sahaja simpanan dan pelaburan
Yang kau sendiri agung-agungkan


Masih belum terlewat
Untuk berfikir kedua kali
Dan membuat keputusan sendiri
Kerana pelaburan AKHIRAT nanti
Tiada setanding dan punya ganti...


ANaZRaz
Permodalan Nasional Berhad
Satok, Kuching
03062009 : 1345 Share

0 comments: